Menasihati pihak berkuasa negeri dalam segala aspek pentadbiran tanah mengikut peruntukan undang-undang.
Membantu pihak berkuasa negeri dalam hal menentukan dasar tanah dan galian negeri selaras dengan kehendak dasar-dasar kerajaan.
Memimpin, menyelaras dan mengawasi aktiviti pejabat tanah seluruh negeri supaya tugas yang dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Menentukan hasil tanah dan galian dipungut dengan sistemcara yang berkesan dan memuaskan yang merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri.
Menentukan dan menjaga dokumen hakmilik dan rekod urusan tanah yang dikemaskini serta pemilikan harta yang sah mengikut undang-undang.
Melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan dalam urusan tanah dan pembangunan sumber manusia dengan menggunakan kemudahan ICT.
Memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada masyarakat dan rakyat terhadap urusan yang berkaitan dengan tanah.