Mewujud dan melaksanakan satu sistem pentadbiran tanah yang cekap dan berkesan.
Merancang pelupusan tanah dan memastikan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan negeri.
Mewujudkan penguatkuasaan undang-undang tanah yang cekap dan berkesan.
Membantu mewujudkan dasar tanah yang lebih adil dan dinamik agar menguntungkan dan memberi kesejahteraan serta kesempurnaan kepada rakyat selaras dengan dasar-dasar kerajaan negeri.