MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI SERTA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TAHUN 2023
- Published in Uncategorized
LAWATAN KERJA PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
15 NOVEMBER 2023 (RABU)
PTG Kedah berbesar hati menerima kunjungan delegasi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar seramai 27 orang sempena lawatan kerja pada hari ini.
Objektif lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan berkaitan tatacara penguatkuasaan tanah yang dipraktikkan oleh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Semoga sesi perkongsian ilmu yang diadakan dapat memberi manfaat serta ilham kepada semua yang terlibat dalam usaha merangka strategi yang komprehensif bagi mengoptimumkan kutipan hasil Kerajaan Negeri.
- Published in Uncategorized
NAIK TARAF BAHAGIAN ICT
9 OKTOBER 2023
Bahagian ICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah sedang melalui proses naik taraf. Ini melibatkan peralatan Server, rangkaian dan komputer. Kerja-kerja ini akan siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2023.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
KURSUS PENGGUNAAN MODUL SURAT KEBENARAN (ECONSENT)
13.9.2023 (RABU)
Kursus penggunaan Modul Surat Kebenaran (eConsent) Sistem SPTBWeb telah diadakan pada 10 September hingga 12 September 2023. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.
Kursus ini menekankan penggunaan modul surat kebenaran yang akan dimulakan penggunaannya di semua pentadbiran tanah negeri Kedah pada 18 September 2023. Kursus ini dikendalikan oleh pihak ICT PTG bersama JKPTG.
- Published in Berita, Uncategorized
PERBINCANGAN UBAH SUAI RUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
10.9.2023 (AHAD)
Bahagian Teknologi Maklumat serta Bilik Server sedang mengalami proses ubahsuai. Proses ubah suai ini dijangka siap pada 23 September 2023. Ubah suai ini melibatkan Bilik Server, ruang pejabat, kaunter dan pendawaian baharu.
Perbincangan bagi kerja-kerja ubah suai ini melibatkan Bahagian Teknologi Maklumat dan Jurutera bertauliah dan pihak pembangunan Sistem SPTB Web.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
AUDIT PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
6 September, 2023 (RABU)
Audit Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) yang dikendalikan oleh beberapa Panel Penilai yang bertauliah membuat pengauditan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Pengauditan ini bermula pada 6 September 2023 hingga 7 September 2023.
Panel Penilai ini diketuai oleh Encik Anesh Ganason dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Semua bahagian dan unit di PTG Kedah memberikan komitmen yang tinggi dalam proses pengauditan ini.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS AMANAT DATUK PENGARAH PTG KEDAH DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE-1
23.2.2023 (Khamis)
Majlis Amanat oleh YBhg. Datuk Pengarah PTG Kedah telah diadakan pada 23 Februari 2023, bertempat di Dewan Sri Mentaloon. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan PTG Kedah.
Majlis amanat ini diadakan bagi mendengar pesanan dan amanat berharga oleh YBhg Datuk Pengarah PTG kepada semua pegawai teknikal dan penolong pegawai tanah di negeri Kedah. Turut diadakan adallah masjlis bacaan yasin dan pemilihan kepimpinan secara atas talian.
- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN TAPAK KE RUMAH KEDAH (Istana Kedah Cameron Highlands)
18.2.2023
Lawatan tapak pengurusan tertinggi PTG yang diketuai Datuk Pengarah Tanah dan Galian, pegawai-pegawai kanan PTG, pasukan teknikal bersama YBhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan) serta pasukan dari Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands ke Rumah Kedah (Istana Kedah Cameron Highlands) pada 17-18 februari 2023.
Tujuanlawatan ini adalah bagi meninjau keadaan dan persekitaran Istana Kedah selepas kerja-kerja pengukuran tanah dan laporan terperinci yang dijalankan oleh jurukur dilantik.
- Published in Berita, Uncategorized
INOVASI PENGGUNAAN SISTEM ERATING
8.1.2023 (Ahad)
Pejabat Pengarah dan Tanah Negeri Kedah telah memulakan penggunaan Sistem eRating pada awal Januari 2023. Sistem eRating ini membolehkan pelanggan-pelanggan yang berurusan di kaunter boleh menilai kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan mengimbas Kod QR.
Ini adalah sejajar dengan arahan kerajaan supaya penyampaian mutu perkhidmatan agensi kerajaan dipertingkatkan. Penggunaan eRating ini adalah selaras dengan konsep pendigitalan di bawah pelan strategik kerajaan negeri ke arah transformasi digital.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM E-PELUPUSAN
14.12.2022 (Rabu)
Kursus penggunaan Sistem e-Pelupusan telah diadakan di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah. Kursus ini melibatkan kakitangan dari pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah) dan pentadbiran tanah daerah (PTD). Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat PTG Kedah.
Pengguna-pengguna Sistem e-Pelupusan dari semua pentadbiran tanah daerah diwakili oleh 5 orang pegawai dari setiap PTD.
Penambah baikan Sistem e-Pelupusan ini telah dibuat bagi memudahkan urusan dan carta alir prosedur kerja pegawai teknikal tanah. Dengan inistiatif ini, pengurusan fail-fail pegawai-pegawai teknikal tanah di setiap daerah akan dapat ditingkatkan perkhidmatan kepada orang awam.
- Published in Aktiviti, Uncategorized