14 Januari 2024 (AHAD)
Dalam usaha untuk menyahut hasrat YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman bagi mengadakan Program Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan Program Penghayatan Al-Quran pada hari ini bertempat di Dewan Utama, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta warga kerja PTG Kedah. Tuan Sheikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi, Pegawai Agama Daerah Pokok Sena telah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.
Surah Al-Insan menjadi surah pilihan pada hari ini iaitu surah yang menjelaskan tentang penciptaan dan ujian kepada umat manusia. Diharapkan kandungan-kandungan yang ditadabbur di dalam Program Penghayatan Al-Quran ini dapat dihayati dan diamalkan oleh seluruh warga kerja di dalam kehidupan seharian.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”