7 JANUARI 2024 (AHAD)
YBhg. Dato’ Pengarah mengadakan lawatan kerja bersama barisan penolong pengarah dan ketua-ketua unit Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah serta seluruh warga kerja PDT Kulim.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membincangkan beberapa isu pentadbiran tanah di daerah Kulim di samping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”