Alor Setar, 9 September 2024 – Satu bengkel berkaitan cukai tanah telah diadakan di Makmal ICT, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah. Bengkel ini dihadiri oleh semua Pentadbir Tanah Daerah seluruh negeri Kedah dan telah disempurnakan oleh Timbalan PTG Pendaftaran.
Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan platform percambahan fikiran bagi mencapai penyelarasan yang lebih baik dalam semakan cukai tanah. Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan PTG Pendaftaran menekankan kepentingan kerjasama antara semua daerah untuk memastikan proses cukai tanah dilaksanakan dengan efisien dan selaras dengan undang-undang yang sedia ada.
Sepanjang bengkel, para peserta berbincang tentang pelbagai isu teknikal dan prosedur semasa, serta cara-cara memperbaiki sistem kutipan cukai tanah yang lebih telus dan sistematik.