07 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
PTG Kedah telah menganjurkan Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bertempat di Dewan Oldclub House,Royal Kedah Club pada hari ini.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai jasa dan sumbang bakti para pesara dan meraikan semua kakitangan yang telahberkhidmat dengan cemerlang dalam Pentadbiran Awam Negeri Kedah.
YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Kedah berbesar hati menyempurnakan majlis ini dengan menyampaikan sijil penghargaan kepada kesemua 16 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang berkhidmat dalam Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
YBhg. Dato’ juga menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada para pesara dan warga kerja yang telah bertukar ke jabatan lain di atas sumbang bakti yang telah dicurahkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih serta selamat maju jaya dititipkan kepada para pesara dan warga kerja yang telah bertukar di atas khidmat bakti yang telah diberikan.