MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI SERTA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TAHUN 2024
07 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
PTG Kedah telah menganjurkan Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bertempat di Dewan Oldclub House,Royal Kedah Club pada hari ini.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai jasa dan sumbang bakti para pesara dan meraikan semua kakitangan yang telahberkhidmat dengan cemerlang dalam Pentadbiran Awam Negeri Kedah.
YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Kedah berbesar hati menyempurnakan majlis ini dengan menyampaikan sijil penghargaan kepada kesemua 16 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang berkhidmat dalam Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
YBhg. Dato’ juga menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada para pesara dan warga kerja yang telah bertukar ke jabatan lain di atas sumbang bakti yang telah dicurahkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih serta selamat maju jaya dititipkan kepada para pesara dan warga kerja yang telah bertukar di atas khidmat bakti yang telah diberikan.
- Published in Berita
PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
06.11.2024 (RABU) PTG Kedah telah mengadakan perhimpunan pagi melibatkan seluruh warga kerja jabatan bertempat di ruang parkir hadapan PTG Kedah pada hari ini.
Perhimpunan pagi ini diadakan bagi mematuhi arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk melaksanakan nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara di semua kementerian dan agensi kerajaan.
Pelaksanaan arahan tersebut bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme, taat setia dan cinta kepada negara di kalangan penjawat awam agar setiap tanggungjawab yang dipikul dilaksanakan dengan penuh ikhlas demi Negara Malaysia yang tercinta.
- Published in Berita
Majlis Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2024 Peringkat Negeri
PTG Kedah telah terpilih daripada 70 agensi yang dinilai oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menerima Anugerah Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2024 Peringkat Negeri bertempat di Auditorium Bangunan SPRM, Putrajaya.
Penganugerahan ini diberikan atas kejayaan PTG Kedah meningkatkan hasil bagi kutipan urusniaga/bukan urusniaga sebanyak 47% (RM11.juta melalui pemerkasaan prosedur pendaftaran pindah milik tanah di Negeri Kedah.
Komitmen yang diberikan oleh PTG Kedah dalam melaksanakan syor penambahbaikan yang dicadangkan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM turut menjadi penyumbang utama kepada kejayaan ini.
- Published in Berita
MAJLIS BACAAN YASSIN PTG KEDAH
Majlis Bacaan Yasin PTG Kedah 16 September 2024
Pada 16 September 2024, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah telah mengadakan majlis bacaan Yasin yang berlangsung dengan penuh khusyuk. Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan PTG Kedah, serta dipimpin oleh En. Zulkifli bin Idris dari Unit Hasil PTG.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk memperoleh keberkatan dan mendoakan kesejahteraan semua pihak, baik dalam urusan pekerjaan maupun kehidupan seharian. Kehadiran dan kesatuan para peserta mencerminkan semangat kebersamaan dan harapan agar segala urusan dipermudahkan serta dijauhkan dari segala musibah.
- Published in Berita
Bengkel Cukai Tanah di PTG Kedah, 9 September 2024
Alor Setar, 9 September 2024 – Satu bengkel berkaitan cukai tanah telah diadakan di Makmal ICT, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah. Bengkel ini dihadiri oleh semua Pentadbir Tanah Daerah seluruh negeri Kedah dan telah disempurnakan oleh Timbalan PTG Pendaftaran.
Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan platform percambahan fikiran bagi mencapai penyelarasan yang lebih baik dalam semakan cukai tanah. Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan PTG Pendaftaran menekankan kepentingan kerjasama antara semua daerah untuk memastikan proses cukai tanah dilaksanakan dengan efisien dan selaras dengan undang-undang yang sedia ada.
Sepanjang bengkel, para peserta berbincang tentang pelbagai isu teknikal dan prosedur semasa, serta cara-cara memperbaiki sistem kutipan cukai tanah yang lebih telus dan sistematik.
- Published in Berita, Uncategorized
ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-67 PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2024
31.08.24 (ISNIN)
PTG Kedah telah menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.
Kontinjen PTG Kedah yang terdiri daripada 33 orang kakitangan telah berjaya mendapat Tempat Ketiga di bawah kategori Agensi Kerajaan (Negeri/Persekutuan) dengan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM1,500.00 yang dianugerahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Pengarah dan seluruh warga kerja PTG Kedah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kontinjen Kawad PTG Kedah di atas komitmen dan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memperolehi kejayaan ini.
- Published in Berita
LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SIK
4 OGOS 2024 (AHAD)
YBhg. Dato’ Pengarah PTG telah mengadakan lawatan kerja bersama barisan pegawai dan ketua-ketua unit Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke Pejabat Daerah dan Tanah Sik. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah serta seluruh warga kerja PDT Sik.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membincangkan isu-isu pentadbiran tanah di Daerah Sik di samping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
PERJUMPAAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERSAMA WARGA KERJA PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
12 JUN 2024 (RABU)
Satu sesi perjumpaan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman bersama Warga Kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah telah diadakan pada hari ni bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.
YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Kedah telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada warga Pentadbiran Tanah Negeri Kedah agar sentiasa cekap dan proaktif dalam pelaksanaan kerja bagi menyelesaikan masalah dan urusan rakyat tanpa mengambil kira latar belakang seiring dengan hasrat murni kerajaan untuk menjadikan Negeri Kedah ini sebagai “Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh dan Tempat Orang Kaya Berbakti”.
Perjumpaan ini merupakan program pertama beliau bersama warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sejak dilantik sebagai Pengarah PTG mulai 4 Jun 2024 yang lalu.
Membawa tagline “Bekerja Bersama Saya”, YBhg. Dato’ Muhamad Arof berharap semua warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat berganding bahu mempergiatkan usaha mengutip hasil dan mempertingkatkan mutu kualiti kerja demi pembangunan Negeri Kedah yang tercinta ini.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
4 JUN 2024 (SELASA)
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan, PTG Kedah.
YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Kedah telah menerima nota serah tugas daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Mantan Pengarah PTG Kedah.
Warga Kerja PTG Kedah mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus.
Semoga YBhg. Dato’ sentiasa dibimbing oleh Allah SWT dalam mengemudi jentera Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
SESI PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS UNTUK PROJEK PROJEK TENAGA NASIONAL BERHAD DI NEGERI KEDAH
17 MEI 2024 (JUMAAT)
Hari ini merupakan hari terakhir Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus Untuk Projek-Projek Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Negeri Kedah diadakan.
Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin telah hadir merasmikan majlis penutup sesi perbincangan ini.
Pada hari ini, telah diadakan sesi pembentangan dan perbincangan dua hala antara pihak Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dengan pihak TNB mengenai isu-isu talian rentis TNB.
Majlis diakhiri dengan penyerahan cek bayaran Fi Permohonan Pengambilan Balik Tanah Tapak-Tapak TNB Negeri Kedah oleh pihak TNB kepada PTG Kedah.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”
- Published in Berita, Uncategorized
- 1
- 2