12 JUN 2024 (RABU)
Satu sesi perjumpaan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman bersama Warga Kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah telah diadakan pada hari ni bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.
YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Kedah telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada warga Pentadbiran Tanah Negeri Kedah agar sentiasa cekap dan proaktif dalam pelaksanaan kerja bagi menyelesaikan masalah dan urusan rakyat tanpa mengambil kira latar belakang seiring dengan hasrat murni kerajaan untuk menjadikan Negeri Kedah ini sebagai “Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh dan Tempat Orang Kaya Berbakti”.
Perjumpaan ini merupakan program pertama beliau bersama warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah sejak dilantik sebagai Pengarah PTG mulai 4 Jun 2024 yang lalu.
Membawa tagline “Bekerja Bersama Saya”, YBhg. Dato’ Muhamad Arof berharap semua warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dapat berganding bahu mempergiatkan usaha mengutip hasil dan mempertingkatkan mutu kualiti kerja demi pembangunan Negeri Kedah yang tercinta ini.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”