Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti Serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Tahun 2022
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Menyanjung Budi serta Anugerah Perkidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah pada 24 November 2022. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa serta pengurusan tertinggi PTG.
Majlis ini diadakan bagi menghargai kakitangan yang telah dan akan bersara pada tahun 2022 serta penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah dan juga kepada pesara dan bakal pesara atas sumbang bakti yang telah diberikan.










- Published in Aktiviti, Arkib, Berita, Uncategorized
BENGKEL PELUPUSAN REKOD
Bahagian Khidmat Pengurusan PTG Kedah telah menganjurkan Bengkel Pelupusan Rekod pada 14 dan 15 November 2022. Bengkel diadakan di Dewan Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Kursus dihadiri oleh Puan Noorhayati binti Md. Soberi, Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Khidmat Pengurusan) dan 40 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai unit. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Balkiss binti Othman daripada Arkib Negara Malaysia.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan tatacara yang betul dalam pelupusan fail dan rekod jabatan. Dengan adanya kursus ini, kakitangan PTG Kedah dapat memahami tatacara pelupusan fail dan rekod bagi tujuan pemindahan dan pemusnahan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.










- Published in Arkib, Berita, Uncategorized
PEMBENTANGAN KHIDMAT NASIHAT OLEH UNIT PEMERIKSAAN DAN PERUNDINGAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA NEGERI KEDAH
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menerima kedatangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah pada 7 Mac 2022 (Isnin)
Sesi Pembentangan Khidmat Nasihat oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah telah dipengerusikan oleh Dato’ Haji Mohd. Fauzi bin Mustaffa, Pengarah PTG Negeri Kedah. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah TPj Dato’ Shaharom Nizam bin Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah.





- Published in Arkib, Berita, Uncategorized
PROGRAM AMANAT YB. DATO’ PADUKA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KEPADA PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2022
Program Amanat YB. Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022 telah diadakan pada 14 Mac 2022 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Mentaloon.

Turut hadir bersama dalam program ini adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBhg. Dato’ Norizan bin Khazali dan Pengarah PTG, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa.
YB. Dato’ Paduka Ammar memperkenalkan satu Frasa Baharu Endemik iaitu S.W.I.F.T yang merujuk kepada satu amalan nilai yang perlu diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam iaitu “Speed, World Class Knowledge, Inspirational, Flexible dan Technology Based.”
- Published in Arkib, Berita, Uncategorized
MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI SERTA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
Pada 23 Disember 2021, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Menjunjung Budi, Menyanjung Bakti dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa serta pengurusan tertinggi.
Majlis ini diadakan bagi menghargai Kakitangan-kakitangan Pejabat PTG Negeri Kedah yang akan bersara pada tahun 2021 serta penerima-penerima APC yang telah memberikan perkhidmatan pentadbiran Tanah Negeri yang terbaik.

- Published in Berita
Sistem iJAnji
PERMOHONAN JANJI TEMU BOLEH DILAKUKAN DENGAN MELAYARI PAUTAN http://ijanji.kedah.gov.my Terima kasih
SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA TIMBALAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH (PEMBANGUNAN)
Sesi Perkongsian Ilmu bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman (Pembangunan) telah berlangsung pada 26 April 2021 (Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Timbalan Pengarah, Aras 2, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
“Apabila kita ada niat untuk sedekah RM1, maka kita tambahkan lagi RM1 dan niat atas nama ibu kita. Kemudiannya, kita tambah lagi RM1 niat pula atas nama ayah kita,” kata YBhg. Dato’ dalam sesi perkongsian ilmu di biliknya semalam yang sangat bermakna.
Lawatan Tapak ke Pusat Data Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat PTG Negeri Kedah
Pada 8 Mac 2021 (Isnin), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG) bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah menghadiri taklimat dan lawatan tapak ke Pusat Data BTMK bagi memeriksa infrastruktur yang disediakan untuk cadangan pemusatan Pelayan-pelayan (Servers) Sistem Pentadbiran Tanah Berkomputer Web (SPTBWeb).
Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna binti Zakaria dan wakil dari JKPTG serta vendor Projek SPTBWeb, Technolgy Innovation Resources Sdn Bhd.


Taklimat Infrastruktur Pusat Data telah disampaikan oleh Pengarah BTMK, Encik Mohd Hamri bin Abidin. Sesi berikut telah berakhir jam 12.30 tengah hari.


- Published in Berita
MAJLIS MERAIKAN PESARA DAN PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2020
Majlis Meraikan Pesara dan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2020 telah diadakan pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Utama PTG, Aras 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah.
Majlis tersebut dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, tetamu VVIP serta Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah,Tuan Haji Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK. Seramai 8 orang pesara diraikan atas perkhidmatan mereka sepanjang berkhidmat di PTG serta 14 kakitangan termasuk pegawai telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Majlis ini diceriakan lagi dengan persembahan montaj serta penyampaian cenderahati kepada mantan Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Haji Mohammad bin Che Nai atas khidmat bakti beliau sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari tahun 2019-2020.








