KURSUS PENGGUNAAN MODUL SURAT KEBENARAN (ECONSENT)
13.9.2023 (RABU)
Kursus penggunaan Modul Surat Kebenaran (eConsent) Sistem SPTBWeb telah diadakan pada 10 September hingga 12 September 2023. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah, Wisma Darul Aman.
Kursus ini menekankan penggunaan modul surat kebenaran yang akan dimulakan penggunaannya di semua pentadbiran tanah negeri Kedah pada 18 September 2023. Kursus ini dikendalikan oleh pihak ICT PTG bersama JKPTG.
- Published in Berita, Uncategorized
PERBINCANGAN UBAH SUAI RUANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
10.9.2023 (AHAD)
Bahagian Teknologi Maklumat serta Bilik Server sedang mengalami proses ubahsuai. Proses ubah suai ini dijangka siap pada 23 September 2023. Ubah suai ini melibatkan Bilik Server, ruang pejabat, kaunter dan pendawaian baharu.
Perbincangan bagi kerja-kerja ubah suai ini melibatkan Bahagian Teknologi Maklumat dan Jurutera bertauliah dan pihak pembangunan Sistem SPTB Web.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
AUDIT PENILAIAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
6 September, 2023 (RABU)
Audit Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) yang dikendalikan oleh beberapa Panel Penilai yang bertauliah membuat pengauditan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Pengauditan ini bermula pada 6 September 2023 hingga 7 September 2023.
Panel Penilai ini diketuai oleh Encik Anesh Ganason dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Semua bahagian dan unit di PTG Kedah memberikan komitmen yang tinggi dalam proses pengauditan ini.
- Published in Berita, Uncategorized
SESI UJIAN PENERIMAAN SISTEM E-CONSENT (UAT)
11.7.2023 (SELASA)
Sesi Ujian Penerimaan Sistem eConsent (UAT) telah diadakan pada hari ini Selasa, 11hb Julai 2023 bertempat di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah. Sesi ini dianjurkan bersama oleh JKPTG, ICT PTG dan pihak pembangun sistem.
Wakil-wakil dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan pejabat-pejabat tanah daerah hadir.
INOVASI PENGGUNAAN SISTEM ERATING
8.1.2023 (Ahad)
Pejabat Pengarah dan Tanah Negeri Kedah telah memulakan penggunaan Sistem eRating pada awal Januari 2023. Sistem eRating ini membolehkan pelanggan-pelanggan yang berurusan di kaunter boleh menilai kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan mengimbas Kod QR.
Ini adalah sejajar dengan arahan kerajaan supaya penyampaian mutu perkhidmatan agensi kerajaan dipertingkatkan. Penggunaan eRating ini adalah selaras dengan konsep pendigitalan di bawah pelan strategik kerajaan negeri ke arah transformasi digital.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM E-PELUPUSAN
14.12.2022 (Rabu)
Kursus penggunaan Sistem e-Pelupusan telah diadakan di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah. Kursus ini melibatkan kakitangan dari pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah) dan pentadbiran tanah daerah (PTD). Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat PTG Kedah.
Pengguna-pengguna Sistem e-Pelupusan dari semua pentadbiran tanah daerah diwakili oleh 5 orang pegawai dari setiap PTD.
Penambah baikan Sistem e-Pelupusan ini telah dibuat bagi memudahkan urusan dan carta alir prosedur kerja pegawai teknikal tanah. Dengan inistiatif ini, pengurusan fail-fail pegawai-pegawai teknikal tanah di setiap daerah akan dapat ditingkatkan perkhidmatan kepada orang awam.
- Published in Aktiviti, Uncategorized