Pada 30 Mei 2022, julung kalinya diadakan Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang telah giat berusaha meningkatkan kutipan hasil sepanjang tahun 2021.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmud, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke majlis ini.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Daerah merangkap Pentadbir Tanah Daerah, barisan pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah dan seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dari 12 daerah.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah atas pencapaian kutipan hasil pada tahun 2021!